KAU SAJA YANG MENGERTI
Termenung aku sendirian bersama angin sepoi-sepoi bahasa.
Menerpa tubuh ku. Terasa nyaman sekali bagaikan di awangan. Terlintas
difikiranku tentang persahabatan sejati yang sukar ingin diungkapkan dengan
hati. Begitu payah untuk menemui sahabat sejati. Mataku menerpa pada
pemandangan kawasan persekolahan. Ini lah sekolah aku dahulu. Tempat aku
menimba ilmu. Tempat aku mengenal erti persahabatan sebenar.
Disini lah tempat aku mengenal erti semuanya. “ nasrullah ?”
ya, nama itu yang aku selalu sebut di zaman persekolahan aku dulu. Dia lah
orang yang paling aku sayang dan aku percaya. Aku mengganggapnya sahabat yang
tak pernah jemu dengan karenah dan sikap ego aku ini. “kringgg...kringgg” bunyi
telefonku berbunyi lantas aku menjwab panggilan itu dengan rasa gembira sekali,
ya dia adalah nasrullah ,sahabat yang paling aku sayang. “ aini ! Ko kat mane ?
Aku perlu jumpe kau sekarang ! Urgent ! Tggu kat tempat biasa k” kata nasrullah
dengan nada yang cemas. “ ok, aku ke sana sekarang !” cepat-cepat aku menjawab
lantas aku memutuskan panggilan. Dengan cemasnya aku berlari ke luar dan menghidupkan
enjin motor ku dan terus ke tempat yang dimaksudkan oleh nasrullah.
Setelah sampai , dia mengesat air matanya yang jatuh tak
berhenti. Hidung merah seperti badut. Matanya sembab dan merah lalu dia
memanggilku pergi berdekatan dengannya. Lalu dia menjabat tangan ku dan
mengajakku duduk di kerusi yang disediakan di taman perumahan kami. “wei , ko
kenapa nangis ni, cite kat aku apa dah jadi !” desak aku . Aku menghulurkan
tanganku ke pipi nasrullah sambil mengesat air matanya yang mengalir berterusan.
Lantas dia memelukku dengan erat sekali dan menghalakan bibirnya ke telingaku.
Aku terpaku seketika dan melepaskan pelukan yang dia berikan padaku tetapi dia
berkeras dan enggan melepaskanku.“ aini , kau lah sahabat aku dunia akhirat .
Aku tak ada sapa-sapa dah selain kau aini. Tolong jangan tinggalkan aku.”
katanya dengan nada yang teresak-esak.” sekali lagi aku melepaskan pelukannya
,kali ini aku berjaya. “ aku takkan tinggalkan kau , selagi aku hidup kau
sorang je sahabat aku yang aku paling sayang tau , kau ingat tu .. Apa-apa
masalah kau kene bagitau aku, kau jangan pendam sorang-sorang ya..janji dengan
aku !” aku membalas. Dia menghulurkan jarinya sebagai tanda janji dia dan aku.
“ aini , aku dapat tau yang ayah aku menghidap kanser hati,
aku takut kehilangan ayah aku.. Aku sayang dia , ko tau kan mak aku dah lama
meninggal ,kalau ayah aku dah tak ada , aku dah tak ade sape-sape da... Aini
aku ade kau sorang je.. Aku cume bergantung pada kau je aini ” teresak-esak dia
bercerita. Aku merasakan mata ini tidak dapat menahan airmata yang ingin
mengalir ke pipi. Hati ini semakin sebak lantas airmata turun membasahi pipi,
aku mengambil tangan dia yang sedang mengesat airmata. Aku menggenggam tangan
nya yang hangat . “ nas, tak de manusia yang hidup sampai bila-bila, yang pergi
tetap pergi , kita yang hidup ni kena kuatkan semangat ,jangan putus asa , aku
sokong kau dari belakang.. Kau jangan lah risau ya. Kita kan sahabat , kita
susah sama-sama, senang pun sama-sama. Jadi kau kene sabar tau , kau kene
kuatkan hati.. Kita dah kawan dari kecik kan .. Dulu waktu aku susah, kau
jugakkan yang tolong aku.. Aku ingat lagi, mase tu aku hampir-hampir nak kena
belasah dengan lelaki-lelaki yang selalu mengacau aku di sekolah dulu.. Kau
ingatkan.. ? Aku takut sangat masa tu, nasib baik kau cepat kalau tak habis lah
aku kene belasah dengan dorang.. Kau tau kan aku memang benci lelaki buaya
darat macam tu.. Aku tinggikan ego aku sebab aku nak mempertahankan maruah aku.
Macam-macam aku kene fitnah , padahal aku tak pernah pun buat benda-benda tak
senonoh tu.. Kejam kan dorang..” mengimbas kembali kisah silam yang paling aku
tidak boleh lupakan.
Hati nasrullah mulai
tenang bila mendengar nasihat dan
rintihan aku. Lantas dia memandang mataku sedalam-dalam yang dia mahu. Aku merasakan
debaran jantung yang semakin lama semakin kencang. Aku merasakan ada sesuatu
yang aneh dengan pandangannya. “ aku ingat semua tu , aku sanggup buat apa je
untuk orang yang aku sayang, ko ingat tu .. Aku tak nak sapa-sapa sakiti kau,
kalau aku dapat tahu ,aku cari budak tu sampai lubang cacing kau tahu !” tegas
dia kepada ku sambil mengesat sisa-sisa airmata yang masih melekat di celah
matanya.
Suasana semakin gelap , cuaca tidak mengizinkan kami berdua
menikmati detik-detik tenang di kawasan taman itu. Lalu dia meminta izin aku
untuk pulang ke rumahnya lantas mengucapkan terima kasih . Aku pun membalas
dengan nada yang lembut “sama-sama, esok kau datang lah rumah aku.” . Nas
mengganggukkan kepalanya. Nas pun mula beredar dan menghidupkan enjin motornya
lalu pergi. Aku melihat nas dari jauh sehingga kelibatnya hilang. Aku pun
beredar dari situ . “ Aku tak nak sapa-sapa sakiti kau, kalau aku dapat tahu
,aku cari budak tu sampai lubang cacing kau tahu !”, kata-kata ini masih aku
fikirkan sejak dari tadi. Apa yang dimaksudkan dari dia. Adakah dia mengganggap
aku lebih dari sahabat. Itu semua memberikan aku tanda tanya .
“pinnnn...pinnnnnn!” bunyi yang datang dari luar rumahku. Aku
mengintai di langsir ,rupanya nasrullah . Terlupa semalam aku mengajaknya ke
rumah ku. Lantas aku keluar dan membuka pagar rumahku lalu mengajaknya masuk.
Tanpa segan-silu dia masuk ke rumahku dan seakan-akan mencari sesuatu. Aku
membuat muka hairan sambil memandangnya. “ asal kau tengok aku ?” herdik dia.
“kau cari apa, dari tadi aku aku tengok.” jawab aku. “mama mana mama? Aku nak
salam mak mertua aku ” dia menyoalku lantas berkata “ehhh ! Silap ! Mak kau..”
cepat-cepat dia tenggelamkan kata-kata tadi. Aku mulai curiga dengan sikapnya.
“ adeeeee.. Kat dapur ..” dengan nada yang perlahan serta muka hairan. “Ahhh!!!
Abaikan saja lah..”kata aku di dalam hati. Lantas dia pergi ke dapur dan terus
menghulurkan tangannya kepada mama yang sedang masak lantas dia menyalam.
Kami berborak di ruang tamu dengan rancak sekali sehinggakan
aku terlupa untuk menghidangkan air untuknya. Aku pun terus ke dapur dan
membancuh air teh ais lantas menghidangkannya. Aku merasakan bahagianya apabila
bersama dia . Sehinggakan aku jatuh cinta padanya tapi apakan daya aku hanya
sahabat nya. Dia cuma mengganggapku sahabat bukan kekasih.
1 tahun telah berlalu, dia kini tidak mempunyai siapa-siapa
lagi. Ayahnya meninggal dunia ,4 bulan yang lalu semasa dia bekerja jauh dari
rumahnya. Pada mulanya dia tidak boleh menerima hakikat . Tapi setelah aku
menasihati dia agar dia bersabar, sekarang dia sudah mula terima hakikat. Aku
kini mendapat kerja di sebuah syarikat yang maju dengan pemasaran yang laris.
Sudah 3 bulan aku bekerja disana , aku sudah mula hidup berdikari dan kini aku
ingin membina masjid tetapi aku tidak mempunyai calon yang boleh menerima aku
seadanya.
Aku cuma berserah pada takdir. “ zzzzzztttttt....zzzztttttt”
telefon aku bergetar menandakan mesej dari seseorang. Lantas aku membacanya. “
aini, malam ni jom keluar , pkol 9 aku ambil kau kat rumah. Ada sesuatu aku nak
bagitahu.” ,rupa-rupanya mesej dari nasrullah. “ ok.” aku membalas.
Jam menunjukkan pukul 9 malam, aku menunggunya di ruang tamu
dengan berpakaian blaus berwarna hijau iaitu warna kesukaan aku dan nasrullah.
“tukkk...tukkkk” bunyi seperti ada orang yang mengetuk pintu rumahku. Berlari
aku membuka pintu. “ hai , dah siap , wah cantiknya kau.. Wangi pulak tu” puji
nas kepada aku. Aku pun menganggukkan kepala lantas mengucapkan terima kasih.
Dan dia membalas sama-sama .
Di dalam kereta , aku melihat permandangan di luar sepertinya
aku tidak tahu dimana. Aku mendiamkan diri dan terus membisu. Dia melihat aku
seperti ada sesuatu yang ingin diucapkan tetapi tidak terucap. Setelah sampai ,
kami duduk di kerusi sebuah restoran , sepertinya tempat ini untuk pasangan
kekasih romantik . Dengan lagu-lagu cinta dan suasana yang tenang khas untuk
pasangan bercinta. Aku hairan kenapa dia membawa aku kesini. Tiba-tiba dia
memanggil pelayan untuk memesan makanan . Lantas pelayan itu menuju ke arah kami.
Kami memesan makanan yang kami belom pernah makan. Selepas selesai makan.
Dia mengeluarkan sebuah kotak kecil yang sangat cantik. Aku
menyoalnya “ apa yang kau nak bagitahu aku tu... Macam penting jer..”. “ aah,
memang penting pun..” dia menjawab dengan pandangan yang sangat mencairkan hati
aku. Aku terpaku. “ sebenarnya aku nak lamar kau... Mungkin dengan cincin ni
tak bererti bagi kau.. Tapi hati aku dah lama ingin menyatakan benda ni.. Aku
dah terlalu sayangkan kau.. Kau saje lah yang boleh menerima buru baik aku dan
semuanya lah.. Sudikah kau menjadi
isteriku dan makmum kepadaku serta tulang rusuk ku..?” . Aku merasakan debaran
yang sangat kencang, lalu aku menjawab. “ aku sudi terima kau sebagai suami aku.”
dengan nada yang terharu dan airmata ku jatuh perlahan-lahan. Dia menyarungkan
cincin di jari manisku lantas senyum kepadaku.