Tuesday, 11 November 2014

SAJAK:KASIH SAYANG oleh CRAY MAXWELL CLARENCE

KASIH SAYANG

KASIH SAYANG
umpama renyainya hujan
jatuh tanpa henti
membasahi tanpa peduli
akan dimana mau pun siapa
yang tersirami,kerana
sesungguhnya ia bersifat sejati

KASIH SAYANG
umpama fajar di pagi hari

menyinarkan cahaya indah nan suci
ikhlas tanpa mengharap dibalas kembali
kerana sesungguhnya ia nyata memberi erti

KASIH SAYANG
begitu abadi

tidak peduli menyakiti atau disakiti
tidak peduli akan menerima atau memberi
kerana saat memberi ia tulus dari hati
dan saat menerima 
ia rela menghargai

KASIH SAYANG
umpama pasang surut yang berganti
kerana adakalanya mengalir deras
menghempas pantai dan tebingan hati

adakalanya surut aliranya kerana patahnya hati
kerana dikhianati dan dipersiakan
sifatnya yang indah dan suci

KASIH SAYANG
jelas murni ikhlas di sanubari
inspirasi setiap insan di bumi
membawa kebahagiaan dan keindahan sejati
menghadirkan damai dan sukaciti tanpa henti
kerana kasih sayang adalah suatu
ekspresi kebenaran hati

No comments:

Post a Comment