IBU BAPA
Ibu,
Telah melahirkanku,
Di dunia yang penuh berliku,
Air tangan ibulah yang telah membesarkanku,
Daripadaku merangkak hinggalah ku berlari.
Ayah,
Seorang lelaki yang memberiku pengalaman hidup,
Telah memberiku kekuatan,
Menempuhi liku - liku hidup,
Hidup yang penuh pancaroba dan kegelapan,
Apabila ku rebah,
Nasihatmu lah membuatku bangun.
Aku,
Anak lelaki mu ini,
Menangis kerana kesalahanku,
Kesalahanku jua telah memerangkapku di dalam geriji
besi,
Geriji besi yang dikelilingi tembok batu,
Di sanalah ku mengubah kesalahanku.
Ibu dan Ayah,
Aku telah banyak membuat kesalahan kepada kalian,
Dengan nafas baru ku ini,
Aku telah menanamkan azam,
Untuk mengubah masa depan,
Walaupun aku telah terperangkap di dalam geriji besi,
Namun aku berhak mencapai masa depanku,
Dengan doa ibu dan ayah
No comments:
Post a Comment