Friday, 14 November 2014

CERPEN:Friends to Jannah oleh:Siti Aisyah Bt Mohd Yusoff

FRIENDS TO JANNAH

 “Nufail..ana  sudah berada ditempat yang sangat indah,yang sangat cantik.Ana sentiasa dikelilingi oleh bidadari yang cantik dan jelitawan seperti sekuntum bunga yang mekar dipagi hari.Ana sudah berada di syurga Allah s.w.t ,Al –Jannah iaitu tempat yang akan kita berjumpa nanti.Ana tunggu anta ya?”
     “Aufa…Aufa…Aufa…”Astaghfirullahalazim.,ana mimpi rupanya.Ana meraut wajah ana yang dipenuhi peluh.Tiba-tiba ana berasa sebak .Sebak sangat-sangat kerana kehilangan sahabat sejati yang sangat disayangi.Walaupun ditahan air mata ini,namun berjaya juga mengalir kerana  ana tidak dapat menahan betapa rindunya ana kepada sahabat ana itu.Ana menangis semahu-mahunya agar dapat melepaskan rindu yang terbuku dihati.Dia telah pergi kerana panggilan Ilahi dalam usia yang semuda ini.
        “Aufa,sepatutnya ana yang harus pergi menghadap Ilahi dahulu ,kenapa anta?.Ana rindu anta.Rindu sangat-sangat.”
         DUM,ana menutup pintu bilik air setelah mengambil wuduk.Ana melihat jam di dinding ,sekarang tepat pukul 4.30 pagi.Rasa dingin air yang menusuk ke tulang-tulang menyebabkan ana sedikit menggigil.Sejurus itu,ana menunaikan solat sunat tahajjud supaya dapat menenangkan diri dihadapan Yang Maha Esa.
         “Ya Allah,ampunkanlah segala dosa-dosa ana, disaat ana menanti datangnya malaikat maut untuk memgambil nyawa ana.Hanya dua bulan lagi Ya Allah,jika benar itulah saat-saat akhir ana berada didunia ini.Tidak lupa juga Ya Allah,ampunkan dosa walid dan umi ana.Mereka telah mengorbankan banyak perkara sejak ana kecil lagi sehinggalah sekarang.Ana tidak mampu untuk membalas jasa mereka yang terlalu banyak.Hanya Engkau sahaja yang mampu.Ampunkanlah juga dosa guru-guru ana semasa ana belajar dulu.Sesungguhnya ilmu yang mereka berikan kepada ana tidak ternilai untuk dibayar dengan wang ringgit.Ampunkanlah segala dosa seluruh muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.Terima kasih kerana Engkau telah pertemukan ana dengan sahabat ana iaitu Aufa.Ana mimpi tentangnya tadi.Dia mengatakan yang dia telah mendapat Syurgamu .Dia menunggu ana disana .Bawalah ana berjumpanya Ya Allah ,jika benar persahabatan kami sampai ke Jannah.Amin”
           Ana telah bersahabat dengan Abi Aufa sejak dari kecil lagi.Bukannya kami sahaja yang bersahabat ,tetapi walid ana dan abah Aufa pun sama.Bermain bersama .Susah payah bersama.Sesungguhnya,jika persahabatan itu kerana Allah s.w.t,kita akan rasa betapa hebatnya kuasa persahabatan ini.Kami juga belajar di sekolah rendah yang sama.Malah ,sekolah menengah pun kami belajar di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Maahad Muhammadi Lelaki di Kota Bharu Kelantan.Kami terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada di Kuala Lumpur.Betapa peritnya menahan rindu dekat keluarga.Itulah perancangan walid ana dan abah Aufa ,tentang kami kerana ingin menjaga ikatan persahabatan yang suci ini .
          Kalau nak dibandingkan dengan ana,Aufa yang paling warak.Solat lima waktu tidak pernah tinggal.Malah,ibadah –ibadah sunat turut dilakukannya.Ana bukannya tidak warak,waraklah jugak,tetapi solat lima waktu,ada juga ana tertinggal.Sesungguhnya ,manusia ini insan yang lemah yang sentiasa melakukan dosa .Dia telah menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam masa tiga tahun sahaja,tetapi ana ambil masa lama sikit iaitu empat tahun.
         Setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar,ana mendapat 11A+ dan Aufa pun memperoleh keputusan yang sama.Syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t atas segala usaha yang kami lakukan sebelum ini.Kami juga telah mendapat tawaran belajar di Universiti Al-Azhar As –Syarif di Mesir dalam bidang perubatan.Allahamdulillah kerana kami mendapat bidang yang kami minati.Universiti ini merupakan salah satu pusat pendidikan yang tertua di dunia.
          “Nufail,ana ingin bertanya anta sesuatu.Kalau anta dapat jawab soalan ana,ana akan berikan seluruh harta dan kekayaan ana kepada anta.”Tanya Aufa memecahkan kesunyian antara kami ketika makan disalah sebuah kedai makan di sekitar universiti kami.
           “Betul anta nak berikan seluruh harta dan kekayaan anta kepada ana?anta tak tipu?Ok..apa soalannya.?”balas ana pula ,takut-takutlah dia main-main dengan ganjarannya.
             “Boleh tak ,anta jamin yang esok,kita akan bertemu dan berjumpa macam hari ini?”Tanya Aufa kepada ana.Ana terkejut dan tergamam dengan soalan tersebut.
             “Tidak”.Balas ana perlahan .Mana mungkin kita dapat jamin yang kita akan bertemu dan berjumpa macam hari ini.Sesungguhnya,ketentuan Allah s.w.t itu sangat hebat.Dia telah mengaturkan segala perkara dan kita sebagai hamba perlulah redha dengan qadak dan qadarnya.Mungkin hari ini,kita dapat berjumpa dan bersuka ria,tidak mustahil ,esok kita sudah tiada.Bersiap sedia lah dengan segala amalan sebagai senjata untuk kita bertempur di padang mahsyar kelak ,sama ada untuk mendapat kemenangan iaitu syurga atau neraka.
             Di tahun akhir semester,ana mula sakit-sakit kepala ,pening.Kadang-kadang pitam sudah menjadi kebiasaan dengan diri ana ini.Mungkin faktor belajar kot.Ana terlalu tertekan dengan belajar ni.Suatu ketika dulu,ana antara mereka yang memandang sinis kepada mereka yang menuntut di Al-Azhar kerana ada diantara mereka yang bertahun-tahun belajar tetapi masih belum mampu untuk menghabiskan pengajian dalam waktu yang singkat iaitu kebiasaan empat tahun.Namun,bila kaki ini nyata berpijak di bumi yang dikata itu,baru ana sedar realiti dan kepayahan serta cabaran belajar disini.
           Ditempat lain atau universiti lain,mereka menggunakan sistem repeat paper atau ulangan untuk menduduki peperiksaan semula bagi subjek yang gagal.Di Jordan ,sistemnya hampir sama dengan di Malaysia iaitu menggunakan jam kredit dan kita boleh pilih subjek mana yang kita ingin ambil untuk setiap semester.Ana difahamkan oleh sahabat ana yang belajar di UIAM,pelajar boleh repeat sampai lulus subjek yang gagal,dengan syarat pointer tidak kurang daripada yang telah ditetapkan.Bagi universiti Al-Azhar ini ,setiap semester tidak ada pilihan.Kami mesti ambil setiap subjek yang telah ditetapkan untuk setiap semester.Jika 12 subjek,maka itulah yang perlu diambil.Jika 16 ,itulah subjeknya.Keputusan pula ,mestilah tidak gagal lebih daripada dua subjek.Jika minima 3 subjek daripada keseluruhan gagal,3 subjek itulah yang akan diulang setahun akan datang,tidak ada repeat paper,yang ada repeat year.
         Walaupun ,kadangkala terasa peritnya,namun,diakhirnya akan manis tarbiyyah di bumi Al-Azhar.Ada diantara Profesor yang mengajar itu buta.Tetapi,ketika dia mengajar,setiap baris dari kitab dapat disebutnya dengan bagus sekali.Sangat hebat.Ana juga berasa bangga,walaupun,di dalam kelas,hanya terdapat bangku dan meja kayu sahaja yang agak uzur,tetapi berapa ramai ulama telah dilahirkan di universiti ini.Pelajar perubatan seperti ana dan Aufa,boleh membawa balik tulang-tulang sebenar manusia.Ia memudahkan kami untuk mengulang kaji .Ia agak berbau sedikit.Namun ,sangat membantu ana untuk belajar.
        “Nufail..Nufail..Nufail,bangun”Ana membuka mata.Terasa berat sangat kepala ana  seperti ada benda yang menghempapnya.Ana dikelilingi oleh Aufa dan beberapa sahabat ana yang lain.         “Apa yang berlaku,?”.Tanya ana kepada Aufa.”Anta pengsan tadi semasa ke perpustakaan.Kan ana dah cakap dekat anta,jangan terlalu bebankan diri anta,sehingga tak makan.Tengok,kan dah bawa penyakit kepada anta.Anta juga yang susah.”Bebel Aufa kepada ana.
“Ana ok je ni,pening biasa je.Macam la ana tak pernah sakit sebelum ni.Bila makan Panadol ok la ni.Jangan risau ea.”Balas ana pula.
“Macam mana ana  tak risau,takut jadi apa-apa dekat anta.Lagipun final dah nak dekat.Ana takut anta tidak boleh fokus dengan sakit ini.”Balasnya pula.
        Alhamdulillah,akhirnya kami sama-sama dapat menamatkan pelajaran di universiti yang kami segani ini dalam bidang yang diminati.Walaupun tempoh belajar itu lama,namun,ana berpuas hati dengan apa yang diperoleh disana.Terima kasih Ya Allah atas segalanya. Sekarang ana sudah bertugas di sebuah hospital di Kuala Lumpur sebagai seorang doktor sakit puan.
 “Ya Allah,,sakitnya..”ana memegang kepala ana.Sekali lagi ,sakit kepala ini menyerang ana ketika ana merawat seorang pesakit.Ana terpaksa serahkan rawatan kepada jururawat untuk uruskan yang lain.Semakin hari,sakitnya dah lain macam.Semakin sakit,dan bukan seperti sakit kepala biasa,tetapi ada sesuatu.Ana pergi berjumpa dengan Aufa yang turut bekerja dibawah satu bumbung untuk bertanya dengan sakit ana ini.Dia merupakan doktor dalam perubatan ortodoks.
    “Nufail,ana nak anta bersabar.Mungkin keputusan yang akan ana berikan ini sukar untuk diterima.Sesungguhnya,kita sebagai hamba haruslah redha dengan segala takdirnya.”Beritahu Aufa kepada ana setelah merawat ana.
       “Anta sebenarnya menghidap kanser otak yang dipanggil sebagai ‘grade 1v astrocytoma’ atau ‘gilal’.Kamu menghadapi kanser jenis ini yang muncul dari tisu otak jenis maglinant yang ganas,membesar dengan pantas dan apabila diletakkan dibawah mikroskop,ia kelihatan amat berbeza denagan sel ‘gilal’ yang normal.Pakar-pakar perubatan sependapat,tidak mudah untuk berhadapan dengan kanser jenis ini.Kamu mengalami kesakitan yang amat sangat akibat himpitan kanser pada tengkorak.Biasanya,kami akan bekalkan steroid untuk membantu pesakit meredakan kesakitan yang dialami.”
“Allahuakhbar” ucap ana .
        “Hayat anta hanya tiga bulan sahaja lagi Nufail.Kalau anta datang buat rawatan dengan segera,mungkin penyakit ini boleh diatasi.Dia sudah berada ditahap keempat dan sangat kritikal.Kajian mengatakan ,jangka hayat untuk kanser jenis ini  sangat rendah peluangnya untuk hidup.Hanya satu daripada empat pesakit boleh bertahan hingga dua tahun sahaja.Hal ini kerana,tidak banyak kaedah yang boleh dilakukan oleh perubatan moden  dan hanya bergantungan kepada kaedah pembedahan,radioterapi dan kimoterapi sahaja.”
       “Pembedahan pula,dalam banyak keadaan amat sukar dilakukan kerana kedudukan kanser dan saiznya yang terlalu besar.Jika pun ia berjaya dilakukan,doktor hanya berupaya membuang sebahagian kecil kanser sahaja,namun ,risikonya amat tinggi.Kaedah radioterapi pula kerap menghadapi masalah kerana pesakit tidak bertindakbalas dengan kaedah ini.Itulah yang kerap berlaku dan kimoterapi adalah yang terakhir ,jika kaedah tadi gagal.Hal ini kerana,ia tidak memberi peratusan yang tinggi untuk pesakit terus hidup.”jelas Aufa tentang penyakit ana yang tiada penawarnya.
         “Nufail,ana akan berusaha sedaya upaya ana untuk membantu anta .Sabar ya”ujar Aufa sambil memeluk ana yang sudah tidak dapat menahan perasaan dengan berita tersebut.Ana menangis semahu-mahunya.
“Ana muda lagi,ana tak nak mati”balas ana kepada Aufa.
“Nufail ,sesungguhnya,anta sangat bertuah kerana anta adalah insan terpilih yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk mendapat penyakit ini.Bagi anta,penyakit ini membawa seribu kemusnahan kepada diri anta,sesungguhnya berjuta hikmah Allah s.w.t berikan penyakit ini.Rasulullah s.w.a pernah bersabda,’tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan segala kesalahannya dengan penyakit itu,sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya.’Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.Sangat hebat,begitu mudah Allah s.w.t ingin menghapuskan dosa hambanya.”
“Ingat Nufail,Allah s.w.t tidak akan memberikan hambanya ujian ,sekiranya hamba itu tidak mampu untuk menghadapinya.Anta kan kuat,bila bergaduh dulu,anta yang selalu menang.Sabarlah,sesungghnya sabar itu separuh daripada iman.”Aufa cuba menenangkan ana.
“Terima kasih Aufa,antalah sahabat sejati ana.Ana sayang anta.”
“Sama-samalah..Ana pun sayang anta jugak.Emm,,ana nak minta maaf kalau ana ada buat salah dengan anta”balas Aufa tiba-tiba.”kenapa?” Tanya ana pula.”Manalah tahu ,ana yang pergi dulu daripada anta.”ujarnya.”Anta nak pergi mana??,ana ni yang akan pergi dulu.Ana pun nak minta maaf kalau ana juga pernah mengguris hati anta.Ana minta maaf sangat-sangat.Kosong-kosong ea.”balas ana.”Emm,kosong-kosong”balasnya pula.
      Ana melihat kalendar yang berada diatas meja di dalam bilik yang menempatkan ana dihospital.Sambil menghitung hari,lebih kurang tiga minggu sahaja lagi,hayat ana didunia ini.Yang pasti,semua akan ,menghadapi seperti ana,hanya lambat dan cepat sahaja.Rambut ana,pun dah semakin gugur,hampir botak.Selalu je,ana memakai kopiah ,nak tutup kepala ana yang botak tu.Sakitnya penyakit ini pun,tak pernah berhenti.Ana hanya dapat menahan kesakitan ini,walaupun perit.Minggu lepas,ana baru sahaja menjalani pembedahan.Seperti yang dikatakan oleh Aufa sebelum ini,hanya sebahagian kecil kanser sahaja yang dapat dikeluarkan.Risikonya sangat tinggi.Ana pun dah semakin lemah.Hanya Allah sahaja yang tahu.
      Dah lama ana berhenti kerja,hari-hari ana dihabiskan dihospital sahaja dibawah pemantaun Aufa.Ana juga terpaksa menjalani rawatan radioterapi dan kimoterapi,walaupun tidak memberi apa-apa kesan kepada ana.Aufa sentiasa memberi sokongan kepada ana,supaya ana kuat.Sekuat mana pun ana,ana akan mati juga. Walid dan umi terima qadak dan qadar Allah s.w.t seadanya,setelah mendapat tahu tentang penyakit ana.
      Sebenarnya ,ana bersyukur,kerana ana tahu,bila matinya ana.Sekurang-kurangnya bolehlah ana bersiap sedia dengan segala amalan untuk menghadapi saat matinya ana.Ana bersyukur sangat-sangat kepada Allah s.w.t yang telah mengaturkan segala perkara baik dan buruk kepada ana.Walaupun sebelum ini,ana bersalah sangka dengan ketentuanNya kepada ana.Allahuakhbar.Ana juga tidak dapat bayangkan ,jika ana mati dalam kekufuran kepada Allah s.w.t.Ana tidak sanggup menghadapi seksanya seksaan azab api neraka .Dimana bahangnya sangat kuat.Allahukhbar.
     “RING,RING,RING”.nada telefon bimbit ana berbunyi sebagai isyarat memanggil daripada seseorang.Perlahan-lahan ana mengambilnya yang berada diatas meja,dengan wire yang berselirat ditangan ,menyukarkan ana untuk mengambilnya.Walaupun,dalam keadaan lemah,ana kena kuat.Ana melihat di skrin telefon yang berjenama Iphone ,nama walid yang tertera.Sekarang,semakin kerap walid menelefon ana,jika dia terpaksa bertugas diluar.Dia nak pastikan ana sentiasa dalam penjagaan,walaupun,umi ada menemani ana.Bapa mana yang tidak sayang akan anak mereka,lebih-lebih lagi,ana ni anak tunggal .
“Assalamualikum walid,ada apa.”?tanya ana.
“Waalaikummsslm Nufail,walid nak beritahu Nufail sesuatu.Sebelum tu,bawa bertenang dulu.Aufa..Aufa…”.”Kenapa dengan Aufa walid??”Tanya ana pula.
“Aufa dah kembali ke rahmatullah tadi kerana terlibat dalam kemalangan.Walid pun tahu,abah Aufa yang telefon tadi.”
“Innalillahiwainnailaihirajiun,,Allahukhbar”.Ana jatuh terduduk dan telefon berkecai dilantai.Betapa terkejutnya ana dengan berita kematian yang tidak disangka itu,lebih-lebih lagi,sahabat ana yang tiada,Aufa.Patutla,dia meminta maaf dengan ana,rupa-rupanya ajal dia sudah dekat.Alluakhbar..Ana menangis teresak-esak ..
“Aufa,kenapa anta yang pergi dahulu bukannya ana??”umi yang baru masuk ke dalam bilik,terus memeluk ana,untuk menenangkan ana.”Sabar Nufail,sabar,,ingat Allah.””Umi,Aufa dah tiada.””umi tahu,tetapi apabila datangnya ajal seseorang,kita tidak mampu untuk menghalangnya.Umi tahu Nufail sayang sangat dekat Aufa,doalah dengan Allah,supaya dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.”
“Dah..jangan nangis,buruk anak umi yang handsome ni.”’takpe buruk mi,Nufail pun dah nak pergi dah,tapi Aufa yang pergi dulu daripada Nufail”.Umi pun turut menangis,tidak dapat menahan sebak.
“Dah ..sayang dah.”
     Di perkarangan rumah keluarga Aufa,kelihatan ramai sanak saudara yang datang untuk beri penghormatan terakhir kepada arwah.Kelihatan abah Aufa tengah bercakap dengan seorang lelaki yang sedikit berumur daripada walid.Lelaki itu memakai jubah berwarna putih dan berserban,mungkin ustaz yang akan menguruskan jenazah arwah.Ana terus menghampiri abah dan bersalam.Kami sama-sama berpeluk dan menangis kerana tidak dapat menahan air mata daripada terus mengalir.Walid juga turut menenangkan abah Aufa.Semuanya menangis dengan pemergian orang tersayang tanpa dijangka dan disangka.
    Apabila memasuki rumah keluarga Aufa,ana teringat semasa ana kecil-kecil dulu.Selalu sahaja ana menghabiskan masa bermain dengan arwah Aufa dan adik-beradiknya yang lain.Kami mengulang kaji pelajaran bersama.Bila petang,baru umi datang ambil ana dekat rumahnya.Itupun,ana masih berkeras tak nak balik.Degil juga ana ni dulu.Tapi sekarang tidak lagi,semuanya dah tiada.Hanya tinggal kenangan yang dapat mengembalikan kenangan silam.Di tengah-tengah ruang tamu,kelihatan sekujur badan berselimut kain putih,rebah bersemadi sendiri.Jenazah arwah Aufa telah siap dikafankan . Ramai juga sedang membacakan yaasin untuk arwah.
    Perlahan,ana duduk ditepi jenazah dan memberi penghormatan terakhir buat arwah aufa.Ana membuka kain yang menutupi mukanya.Ana terkejut!! Kerana wajah arwah bersih,suci dan seperti sedang tersenyum.Hanya sedikit luka sahaja dikepala.Allahuakhbar…walaupun kereta Vious hitam yang dipandunya berkecai,tetapi Allah s.w.t masih lagi memelihara jasadnya didunia ini.Masyaallah..betapa hebatnya sahabat ana disisimu Ya Allah.Arwah kemalangan ketika dalam perjalanan pergi berdakwah di jalan Allah s.w.t.Berdakwah juga merupakan satu impian dia ketika belajar lagi .Keretanya telah dilanggar oleh sebuah lori balak yang dipandu laju.Sekarang ,pemandu lori itu,telah ditahan reman untuk siasatan polis.
    Ana mengucup dahi arwah perlahan,sambil menahan air mata daripada terkena wajah jenazah.
“Abah,boleh tak,kalau Nufail yang imamkan solat jenazah arwah Aufa??”Tanya ana kepada abah Aufa. Abah sedikit terkejut dengan permintaan ana.”Nufail kan sakit..larat ke,nak imamkan.?”Nufail baik je abah,Insyaallah dapat lakukan.”jawab ana pula untuk meyakinkan abah.Kelihatan ,abah bercakap sesuatu dengan ustaz,dan ustaz tersebut mempersilakan ana untuk menjadi imam.Dalam doa ana,ana berharap sahabat ana ini,ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
“Tunggu ana ya Aufa?”
     Keadaan ana dah semakin tenat.Badan ana pun,tidak boleh bergerak aktif macam selalu.Ana terasa lemah sangat-sangat.Wajah ana semakin pucat.Betapa sakitnya menanggung penyakit ini,hanya Allah s..w.t sahaja yang tahu.Hari ini adalah hari terakhir ana didunia ini,berdasarkan apa yang dikatakan oleh Doktor Muiz yang mengambil alih merawat ana setelah Aufa meninggal.Ana redha dan ana sudah bersedia untuk menghadapi sakratulmaut.Ahli keluarga ana,ramai yang sudah berkumpul.Mereka mambacakan yaasin untuk ana.Semuanya dalam keadaan sedih dan pilu.
     Ana memanggil walid dan umi perlahan.”Walid ,umi,ana nak minta maaf “Ana menangis,mengalirkan air mata.
“Ampunkan segala dosa ana sepanjang hayat ana ini”Ana menggengam tangan mereka erat,seperti tidak merelakan perpisahan yang akan berlaku.
“Umi dan walid dah ampunkan segala dosa Nufail”balas umi dalam menahan sebak didada.
“Ana nak peluk umi dan walid buat kali terakhir.”itulah permintaan ana yang terakhir.
“Boleh sayang,”balas umi.Mereka terus memeluk ana,cium pipi ana.Air mata juga seperti tidak mahu berhenti dan mengakhiri perpisahan ini.
“Umi,ada orang datang dimuka pintu,Dia panggil ana umi.”
“Ya Allah abang”umi menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan air mata daripada keluar.
    Nafas ana sudah mula turun naik.Betapa sakitnya sakratulmaut ketika terpisahnya roh daripada jasad.Kematian lebih menyakitkan dari goresan gergagi,sayatan gunting,panasnya air mendidih di bejana.Seandainya,ada mayat yang dibangkitkan dan menceritakan kepada penduduk dunia,tentang sakitnya kematian,nescaya penghuni dunia tidak akan nyaman dengan hidupnya dan tidak nyenyak dalam tidurnya.Walid mengajar ana mengucap.
“Mengucap Nufail,mengucap.Ikut walid.Asyhaduallahilahaillah waasyhaduannamuhmmdrrusalullah..”Ana mengikut perlahan syahadah tersebut.Setelah tiga kali.Innalillahiwainnailaihirajiun..
     Ana membuka mata dan sedikit terpinga-pinga.Dimanakah ana?.Sekarang ana betul-betul berada dihadapan pintu yang sangat besar dan sangat indah.Pintu tersebut dihiasi dengan pelbagai batu dan permata yang sangat cantik.Setiap batu itu berkilaun dengan sangat indah seperti menyambut dan mengalu-alukan ana disitu.
“Assalamualaikum.”ana memberi salam.Salam dihulur,disambut dari dalam.Pintu pun terbukak..Terdapat ramai wanita yang jelitawan  serta cantik sedang menyambut ana dimuka pintu.Ana terkejut,kerana ana juga disambut oleh orang yang ana sayangi,iaitu sahabat ana,Aufa.Dia menghulurkan tangan ,sambil berkata.

“Selamat Datang ke Syurga Allah s.w.t”.

No comments:

Post a Comment