Wednesday, 12 November 2014

SAJAK :PERSAHABATAN oleh Nor Ainiwahidah Binti Mohd Sukri

PERSAHABATAN


Aku perlukan seorang teman
Untuk menemani diriku yang keseorangan
Untuk menghilangkan rasa kesunyian
Lalu aku mencarimu dijalanan
Tetapi tidak kesampaian
Mengapa aku tidak ada kesempatan
Ini membuatku rasa terkilan


Teman,
Kenapa aku perlukan kau
Untuk berkongsikan pendapat bersama kau
Untuk berbelanjakan secebis kenangan dengan kau
Untuk memberikan sedikit ilmu berjana dengan kau


Teman,
Aku berasa gembira bila bersamamu
Kerna dapat melepaskan rinduku denganmu
Aku dapat merasai susah senang denganmu
Dapat merasai detik-detik getir bila bersamamu

 
Teman,
Kini masa telah berlalu pergi
Kan dan aku tidak serasi lagi
Kita tidak sehaluan lagi
Kenapa ini semua terjadi ?
Apakah salah diriku ini
Kau telah pergi dari diriku ini
Membuatku rasa sunyi sepi
Aku rasakan diriku tidak berguna lagi
Dan kini aku sedar yang aku sudah ada peganti
Yang lebih memahami dan menghargai aku
Kerana aku sedar teman itu ibarat nyawa bagiku

Kerana engkaulah yang akan menemani hidupku sepanjang riwayatku.

No comments:

Post a Comment