Monday, 17 November 2014

CERPEN:KAU SAJA YANG MENGERTI oleh:Saida Sadila Binti Mohd Khazaman

KAU SAJA YANG MENGERTI

Termenung aku sendirian bersama angin sepoi-sepoi bahasa. Menerpa tubuh ku. Terasa nyaman sekali bagaikan di awangan. Terlintas difikiranku tentang persahabatan sejati yang sukar ingin diungkapkan dengan hati. Begitu payah untuk menemui sahabat sejati. Mataku menerpa pada pemandangan kawasan persekolahan. Ini lah sekolah aku dahulu. Tempat aku menimba ilmu. Tempat aku mengenal erti persahabatan sebenar.

Disini lah tempat aku mengenal erti semuanya. “ nasrullah ?” ya, nama itu yang aku selalu sebut di zaman persekolahan aku dulu. Dia lah orang yang paling aku sayang dan aku percaya. Aku mengganggapnya sahabat yang tak pernah jemu dengan karenah dan sikap ego aku ini. “kringgg...kringgg” bunyi telefonku berbunyi lantas aku menjwab panggilan itu dengan rasa gembira sekali, ya dia adalah nasrullah ,sahabat yang paling aku sayang. “ aini ! Ko kat mane ? Aku perlu jumpe kau sekarang ! Urgent ! Tggu kat tempat biasa k” kata nasrullah dengan nada yang cemas. “ ok, aku ke sana sekarang !” cepat-cepat aku menjawab lantas aku memutuskan panggilan. Dengan cemasnya aku berlari ke luar dan menghidupkan enjin motor ku dan terus ke tempat yang dimaksudkan oleh nasrullah.

Setelah sampai , dia mengesat air matanya yang jatuh tak berhenti. Hidung merah seperti badut. Matanya sembab dan merah lalu dia memanggilku pergi berdekatan dengannya. Lalu dia menjabat tangan ku dan mengajakku duduk di kerusi yang disediakan di taman perumahan kami. “wei , ko kenapa nangis ni, cite kat aku apa dah jadi !” desak aku . Aku menghulurkan tanganku ke pipi nasrullah sambil mengesat air matanya yang mengalir berterusan. Lantas dia memelukku dengan erat sekali dan menghalakan bibirnya ke telingaku. Aku terpaku seketika dan melepaskan pelukan yang dia berikan padaku tetapi dia berkeras dan enggan melepaskanku.“ aini , kau lah sahabat aku dunia akhirat . Aku tak ada sapa-sapa dah selain kau aini. Tolong jangan tinggalkan aku.” katanya dengan nada yang teresak-esak.” sekali lagi aku melepaskan pelukannya ,kali ini aku berjaya. “ aku takkan tinggalkan kau , selagi aku hidup kau sorang je sahabat aku yang aku paling sayang tau , kau ingat tu .. Apa-apa masalah kau kene bagitau aku, kau jangan pendam sorang-sorang ya..janji dengan aku !” aku membalas. Dia menghulurkan jarinya sebagai tanda janji dia dan aku.
“ aini , aku dapat tau yang ayah aku menghidap kanser hati, aku takut kehilangan ayah aku.. Aku sayang dia , ko tau kan mak aku dah lama meninggal ,kalau ayah aku dah tak ada , aku dah tak ade sape-sape da... Aini aku ade kau sorang je.. Aku cume bergantung pada kau je aini ” teresak-esak dia bercerita. Aku merasakan mata ini tidak dapat menahan airmata yang ingin mengalir ke pipi. Hati ini semakin sebak lantas airmata turun membasahi pipi, aku mengambil tangan dia yang sedang mengesat airmata. Aku menggenggam tangan nya yang hangat . “ nas, tak de manusia yang hidup sampai bila-bila, yang pergi tetap pergi , kita yang hidup ni kena kuatkan semangat ,jangan putus asa , aku sokong kau dari belakang.. Kau jangan lah risau ya. Kita kan sahabat , kita susah sama-sama, senang pun sama-sama. Jadi kau kene sabar tau , kau kene kuatkan hati.. Kita dah kawan dari kecik kan .. Dulu waktu aku susah, kau jugakkan yang tolong aku.. Aku ingat lagi, mase tu aku hampir-hampir nak kena belasah dengan lelaki-lelaki yang selalu mengacau aku di sekolah dulu.. Kau ingatkan.. ? Aku takut sangat masa tu, nasib baik kau cepat kalau tak habis lah aku kene belasah dengan dorang.. Kau tau kan aku memang benci lelaki buaya darat macam tu.. Aku tinggikan ego aku sebab aku nak mempertahankan maruah aku. Macam-macam aku kene fitnah , padahal aku tak pernah pun buat benda-benda tak senonoh tu.. Kejam kan dorang..” mengimbas kembali kisah silam yang paling aku tidak boleh lupakan.

 Hati nasrullah mulai tenang bila mendengar  nasihat dan rintihan aku. Lantas dia memandang mataku sedalam-dalam yang dia mahu. Aku merasakan debaran jantung yang semakin lama semakin kencang. Aku merasakan ada sesuatu yang aneh dengan pandangannya. “ aku ingat semua tu , aku sanggup buat apa je untuk orang yang aku sayang, ko ingat tu .. Aku tak nak sapa-sapa sakiti kau, kalau aku dapat tahu ,aku cari budak tu sampai lubang cacing kau tahu !” tegas dia kepada ku sambil mengesat sisa-sisa airmata yang masih melekat di celah matanya.

Suasana semakin gelap , cuaca tidak mengizinkan kami berdua menikmati detik-detik tenang di kawasan taman itu. Lalu dia meminta izin aku untuk pulang ke rumahnya lantas mengucapkan terima kasih . Aku pun membalas dengan nada yang lembut “sama-sama, esok kau datang lah rumah aku.” . Nas mengganggukkan kepalanya. Nas pun mula beredar dan menghidupkan enjin motornya lalu pergi. Aku melihat nas dari jauh sehingga kelibatnya hilang. Aku pun beredar dari situ . “ Aku tak nak sapa-sapa sakiti kau, kalau aku dapat tahu ,aku cari budak tu sampai lubang cacing kau tahu !”, kata-kata ini masih aku fikirkan sejak dari tadi. Apa yang dimaksudkan dari dia. Adakah dia mengganggap aku lebih dari sahabat. Itu semua memberikan aku tanda tanya .




“pinnnn...pinnnnnn!” bunyi yang datang dari luar rumahku. Aku mengintai di langsir ,rupanya nasrullah . Terlupa semalam aku mengajaknya ke rumah ku. Lantas aku keluar dan membuka pagar rumahku lalu mengajaknya masuk. Tanpa segan-silu dia masuk ke rumahku dan seakan-akan mencari sesuatu. Aku membuat muka hairan sambil memandangnya. “ asal kau tengok aku ?” herdik dia. “kau cari apa, dari tadi aku aku tengok.” jawab aku. “mama mana mama? Aku nak salam mak mertua aku ” dia menyoalku lantas berkata “ehhh ! Silap ! Mak kau..” cepat-cepat dia tenggelamkan kata-kata tadi. Aku mulai curiga dengan sikapnya. “ adeeeee.. Kat dapur ..” dengan nada yang perlahan serta muka hairan. “Ahhh!!! Abaikan saja lah..”kata aku di dalam hati. Lantas dia pergi ke dapur dan terus menghulurkan tangannya kepada mama yang sedang masak lantas dia menyalam.

Kami berborak di ruang tamu dengan rancak sekali sehinggakan aku terlupa untuk menghidangkan air untuknya. Aku pun terus ke dapur dan membancuh air teh ais lantas menghidangkannya. Aku merasakan bahagianya apabila bersama dia . Sehinggakan aku jatuh cinta padanya tapi apakan daya aku hanya sahabat nya. Dia cuma mengganggapku sahabat bukan kekasih.

1 tahun telah berlalu, dia kini tidak mempunyai siapa-siapa lagi. Ayahnya meninggal dunia ,4 bulan yang lalu semasa dia bekerja jauh dari rumahnya. Pada mulanya dia tidak boleh menerima hakikat . Tapi setelah aku menasihati dia agar dia bersabar, sekarang dia sudah mula terima hakikat. Aku kini mendapat kerja di sebuah syarikat yang maju dengan pemasaran yang laris. Sudah 3 bulan aku bekerja disana , aku sudah mula hidup berdikari dan kini aku ingin membina masjid tetapi aku tidak mempunyai calon yang boleh menerima aku seadanya.
Aku cuma berserah pada takdir. “ zzzzzztttttt....zzzztttttt” telefon aku bergetar menandakan mesej dari seseorang. Lantas aku membacanya. “ aini, malam ni jom keluar , pkol 9 aku ambil kau kat rumah. Ada sesuatu aku nak bagitahu.” ,rupa-rupanya mesej dari nasrullah. “ ok.” aku membalas.

Jam menunjukkan pukul 9 malam, aku menunggunya di ruang tamu dengan berpakaian blaus berwarna hijau iaitu warna kesukaan aku dan nasrullah. “tukkk...tukkkk” bunyi seperti ada orang yang mengetuk pintu rumahku. Berlari aku membuka pintu. “ hai , dah siap , wah cantiknya kau.. Wangi pulak tu” puji nas kepada aku. Aku pun menganggukkan kepala lantas mengucapkan terima kasih. Dan dia membalas sama-sama .

Di dalam kereta , aku melihat permandangan di luar sepertinya aku tidak tahu dimana. Aku mendiamkan diri dan terus membisu. Dia melihat aku seperti ada sesuatu yang ingin diucapkan tetapi tidak terucap. Setelah sampai , kami duduk di kerusi sebuah restoran , sepertinya tempat ini untuk pasangan kekasih romantik . Dengan lagu-lagu cinta dan suasana yang tenang khas untuk pasangan bercinta. Aku hairan kenapa dia membawa aku kesini. Tiba-tiba dia memanggil pelayan untuk memesan makanan . Lantas pelayan itu menuju ke arah kami. Kami memesan makanan yang kami belom pernah makan. Selepas selesai makan.


Dia mengeluarkan sebuah kotak kecil yang sangat cantik. Aku menyoalnya “ apa yang kau nak bagitahu aku tu... Macam penting jer..”. “ aah, memang penting pun..” dia menjawab dengan pandangan yang sangat mencairkan hati aku. Aku terpaku. “ sebenarnya aku nak lamar kau... Mungkin dengan cincin ni tak bererti bagi kau.. Tapi hati aku dah lama ingin menyatakan benda ni.. Aku dah terlalu sayangkan kau.. Kau saje lah yang boleh menerima buru baik aku dan semuanya lah..  Sudikah kau menjadi isteriku dan makmum kepadaku serta tulang rusuk ku..?” . Aku merasakan debaran yang sangat kencang, lalu aku menjawab. “ aku sudi terima kau sebagai suami aku.” dengan nada yang terharu dan airmata ku jatuh perlahan-lahan. Dia menyarungkan cincin di jari manisku lantas senyum kepadaku.


No comments:

Post a Comment