SAHABAT SEJATI
Kita ditemukan dengan takdir Allah
Hanya kerana sebuah hubungan yang suci
Diselimutkan dengan cadar keikhlasan
Persahabatan ini tiada noktahnya
Sahabat,
Hadir ibarat seribu anugerah buatku
Jasamu ibarat sebutir pertama
Kelembutan adalah kunci madahmu
Kau yang menarik aku kala terleka
Dirimu ibarat pendayung
Yang teguh bersama
Dalam menawan badai dilautan
Sahabat,
Menerokai keindahan alam bersama
Ditemani dengan kicauan burung
Senyuman tawamu aku merindui
Keperihatinanmu meruntuhkan egoku
Terima kasih untuk segalanya
Sahabat,
Akhirnya kita
berpisah jua
Demi mengejar cita-cita
Perpisahan ini bukan dipinta
Tapi ini takdir yang maha Esa
Semoga takdir menemukan kita lagi
Di masa akan datang
Ku merinduimu disini
walaupun terdapat sedikit kesilapan ejaan, ini merupakan sebuah sajak yang sangat bagus :)
ReplyDelete