Tuesday, 11 November 2014

CERPEN :DIA KEKASIKU oleh NORHAZZIRA BINTI ALIAS

DIA KEKASIKU

      Wajahnya yang redup sering menyinari hari-hariku tanpanya siapalah aku.Itu lah kekasihku iaitu ibuku yang sentiasa menemanikudikala ku sunyi dan gembira.Dia merupakan semangat dan sumber kekuatan  buatku untuk menjalani hari-hariku.Setiap hari ibu sering berusaha untuk mencari sesuap nasi untuk diberi kepada anak-anak dan suaminya.Ibu melakukan pelbagai kerja yang penting halal seperti menoreh getah dan kerja diladang sawit tanpa kenal erti penat.Setiapkaliku cuti pasti akan ku pulang ke kampong halaman untuk menjenguk ibu.Ketika ku di kampug setiap hari akan aku tunggu ibu pulang kerja melihat wajahnya yang penat mencari rezeki untuk keluarga tapi dia tidak pernah mengeluh walaupun sekali,sungguh cekal hatinya.Ibu kadang-kadang mengadu kepadaku tentang perangai ayah dan adik yang sering meminta wang untuk perkara yang tidak berfaedah.Ibu sering ikat perutnya untuk memeri wangnya kepada ayah dan adikku.Hati ku sungguh kecewa dengan sikap ayah dan adikku yang tidak kasihan akan ibu yang penat mencari wang untuk keluarga.Sejak dari itu aku bertekad untuk kerja sambil belajar tanpa pengatahuan ibu.Aku ingin meringankan bebanya dan tidak menyusahkannya lagi.Setaip kali aku dapat gaji akan ku masukkan ke dalam akaunnya tanpa pengetahuan ayah kerana kalau ayah tahu didalam akaun ibu adawang habis ayah akan ambil wang itu.Aku hamper mengalah untuk menasihati ayah agar berubah dan bantu ibu.menyara keluarga.Kami hanya 3beradik,abangku kerja di Kelantan dan jauh dari keluarga dan tidak sering pulang ke kampung kerana terikat dengan kerja.Abang ku juga sama seperti ku untuk membantu ibu.Ibu pernah jatuh sakit kerana terlalu rindukan ibu tapi ibu melarangku untuk memberitahu abang yang dia rindukan abang kerana dia tidakmahu menyusahkan abang untuk pulang kekampung kerana abang tinggal jauh darinya.Ibu mengidap penyakit Asma semnjak di sekolah menengah lagi.Penyakit ibu sering menyerang pada waktu tengah malam dan sering dikejarkan ke hospital.Pada suatu,ketika aku baru hendak melelapkan mata dan pada masa itu ibu sedang lena tidur tiba-tiba rumah ku serbu oleh pihak polis kerana ada yang membuat laporankepada pihak polis yang ayahku terlibat dalam penjualan air ketum kepada orang.Ibu terkejut dari tidurnya lalu penyakit ibu terus menyerang dengan tiba-tiba,aku,adik dan ayah menjadi panik ketika penyakit ibu menyerang.Pada ketika itu pihak polis tidak membenarkan ayah ku untuk membawa ibu ke hospital.Aku dan adik menjadi marah kepada pihak polis kerana keadaan ibu sudah 50-50.Aku merayu kepada pihak polis agar membenar ayah untuk membawa ibu ke hospital.Akhirnya pihak polis membebaskan ayah dan membenarkan unuk membawa ibu ke hospital.Sampai sahaja di hospital aku terus membawa ibu ke wad kecemasan untuk mendapat rawatan dengan segera.Ketika ibu sedang mendapat rawatan aku melihat air mata ibu yang jatuh tanpa henti,hatiku menjadi sayu dan kecewa akan perangai ayah.Aku bagai mendapat pukulan yang hebat apabila melihat air mata ibu jatuh berlinangan.Aku terasa ingin memarahi ayah tapi apakan dayaku.Ketika ayah datang untuk menjenguk ibu,ibu memejamkan matanya menandakan ia sedang tidur tetapi sebaliknya dia menahan terkilan dengan perangai ayah.Pada malamitu juga doktor membenarkan ibu untuk pulang kerumah selepas mendapat rawatan.Sebelum ibu dibawa pulang ke rumah,doktor ada berkata kepadaku agar membeli mesin untuk penyakit ibu kerana penyakit ibu akan menyerang pada bila-bila masa.Harga mesin itu memang tidak mampu untuk ibu beli.Laluku berbincang dengan abang untuk membeli mesin tersebut dan aku juga ingin turut membantu abang untuk mengumpul wang untuk membeli tersebut walaupun aku sedang belajar.Aku sanggupmelakukan apa sahaja asalkan ibu berada dalam keadaan sihat.Aku tidak sanggup untuk melihat ibu menderita akibat penyakitnya lagi.Aku cuba pelbagai cara untuk mendapat ubat buat merawat penyakit ibu walaupun aku harus menghabis wang untukku makan hari-hari demi ubat ibu.Ibu tidak pernah tahu aku mengunakan wang untukku makan hari-hari untuk membeli ubatnya.Aku sering terpaksa menipu ibu untuk memastikan ibu sihat.Selepas beberapa hari ibu ku telah sihat dan aku terpaksa pulang ke kolej untuk meneruskan pembelajaran ku.Hati aku sungguh berat dan  pilu untuk meninggalakan ibukerana aku takut ibu sakit tanpa pengetahuan aku.Ibu sering merahsiakan daripadaku apabila dia sakit dan ditahan diwad.Hampir setiap hari aku akan menghubungi ibu untuk memastikan keadaan kesihatan ibu dalam baik-baik sahaja.Pada suatu hari ketika ku sedang bercakap dengan ibu ditelefon aku mendengar adikku meminta wang kepada ibuku tetapi ibu tidak memberi kerana ibu tiada wang.Lalu adik memarahi ibu kerana enggan memberinya wang.Hati membara apabila mendenngar ibu dimaki oleh adik.Aku berasa amat kecewa dan sedih dengan kelakuan adik yang tidak tahu kasihan akan ibu.Air mataku berlinang tanpa henti terkenang akan ibu yang sering bersusah payah untuk membesarkan kami.Sejak dari itu aku bertekad untuk berlajar bersungguh-sungguh agar mendapat segulung ijazah dan dapat memperbaiki kehidupan keluarga dan ibu tidak perlu untuk bersusah payah mencari wang untuk kami sekeluarga lagi.Ibu lah permata hatiku,dia kekasihku untuk selamanya.Tanpa dia siapalah aku.

No comments:

Post a Comment