Thursday, 13 November 2014

SAJAK:KASIH SAYANG oleh SITI ZARMA BTE MAN

KASIH SAYANG


kasih sayang adalah anugerah Ilahi,
yang tidak boleh dijual beli,
apatah lagi diperlakonkan,
dengan kepelbagaian watak,
kerana kasih sayang itu adalah milik,
insan yang berhati nurani

Seandainya kasih sayang itu,
boleh dizahirkan melalui lukisan,
sudah pastilah ramai yang melakarnya,
lalu diperhatikan betapa cantik kasih sayang itu,
seandainya juga kasih sayang itu,
boleh dizahirkan melalui melodi,
sudah pasti banyak yang meliriknya,
lalu dinyanyikan berulang kali,
untuk menyampaikan betapa sungguh kasih sayang itu.

Namun hakikatnya..
kasih sayang itu tidak mampu untuk disentuh,
kasih sayang itu tidak mampu untuk dilihat,
kasih sayang itu tidak mampu untuk dihidu,
bukanlah waktu yang mencerminkan kasih sayang,
bukan juga jarak yang mengukur kasih sayang,
apatah lagi wang ringgit yang menilai kasih sayang..

Kasih sayang itu milik orang yang bisu,
kasih sayang itu milik orang yang buta,
kasih sayang itu milik orang yang pekak,
kasih sayang itu mlik kita semua,
kasih sayang itu lahir tanpa mengenal siapa kita,
betapa hebatnya Anugerah yang Maha Kuasa.

No comments:

Post a Comment